Tuesday, July 3, 2012

Ilham Maya

Satu kebetulan yang memungkinkan ukhwah. Mencerna fikiran selaut pemandangan membawa langkah menuju perjalanan kehidupan. Tiada ku sangka hadirmu bagaikan satu ....ANUGERAH ..

Ilham,
Tika waktu mengupas keringat
kebetulan suratan membawa sang jiwa
Hanyut di kamus kehidupan
Di buai kesayuan malam gelita

Ilham,
Kewujudan yang bagaikan terancang
kesepian yang membunuh kegelapan
Cahaya yang bersinar 
Kemelut yang menyesakkan
Namun kepastian
berpaksikan kemenjadian satu Anugerah.

Ilham, 
Badai yang membelah kepekatan malam
Tak beerti berakhirnya sebuah penzahiran
Kaca yang bersalut keemasan
Tak beerti sebuah kemewahan
Himpunkanlah keserasian dalam semangatmu
Robohkanlah tembok kepalsuan
Binakanlah keazaman mutlak
Bersaksikan kemenjadian ilmiah dan rahmatNya............

Thursday, July 15, 2010

Tuesday, July 13, 2010

Bukit - bukit menghijau..

Luas mata memandang pepohon nan melambai....

Monday, July 12, 2010

Syurga Bumi.....


Hujan renyai – renyai seakan mengerti bahawa hari ini adalah hari pertama aku bergelar sebagai seorang guru pelatih. Aku risau, bimbang dan gentar sekiranya kehadiran aku dan rakan- rakan tidak dapat diterima oleh masyarakat di kampung ini. Kali pertama aku melangkah masuk ke dalam perkampungan orang asli, hatiku terkejut melihat akan kemajuan yang begitu pesat maju. Ternyata apa yang aku jangkakan selama ini adalah di luar jangkaan ku selama ini. Perkampungan orang asli ini adalah sebuah perkampungan yang sudah merentas arus modenisasi.

Hatiku agak terkilan kerana tidak dapat merasai seperti apa yang dirasai oleh sahabat – sahabatku yang lain yang dapat pergi ke sekolah di daerah kuala MU. Mencabar dan menguji ketahanan fizikal mahupun mental.Perjalanannya sahaja sudah cukup memberi pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana – mana. Bagi kami pula warga sekolah Kampung Kenang pengalamannya tidak cukup untuk dibanding dengan sahabat yang dapat merasainya di Kuala MU...Ini kerana segalanya amat jauh berbeza daripada apa yang aku bayangkan selama ini..suasana tradisional dengan hutan menghijau di sekelilingnya. Anak – anak kecil yang berlari – lari tatkala menyambut kehadiran kami sambil bersorak riang mengiringi kenderaan empat roda. Senyuman kegembiraan di sulami rasa malu bertamu di hati ke atas tamu baru di kawasan kampung kenang.

Namun semua itu adalah angan yang tidak menjadi nyata. Kedatangan kami di sambut dengan sambutan dua orang guru yang datang menjemput di sekolah Chenain. Di bawa berjumpa dengan Penolong Kanan 1 untuk taklimat hari pertama menjejak kaki ke kampung Kenang. Sebelum di bawa ke asrama masing- masing bagi lelaki dan perempuan. Dalam kekecewaan namun hati terubat tatkala melihat kanak - kanak Orang Asli yang melambai – lambai sambil tersipu malu ke arah kami. Mereka ingin mendekati tetapi hati malu mengunci langkah, mereka ingin bersuara tetapi tekak kering dek kehausan sentuhan orang luar, mungkinkah ini satu inspirasi baru pembuka jalan untuk dapat kami mengenali di antara satu sama lain. Penghubung dua budaya mengikat kasih sayang untuk cuba mengubah pemahaman mereka.

Semalaman aku di sana aku telah banyak belajar akan erti sebuah kehidupan yang sebenar. Hidup sebenar jauh dari pembohongan, kebisingan arus kota, pencemaran udara mahupun bunyi. Aku senang di sini...aku senang menghirup udara di sini, aku senang mencuba suasana baru arus budaya dan adat mereka. Mungkin ini permulaan hidup aku bergelar seorang guru. Masih terngiang - terngiang di telinga ku “Betul ke kamu semua sanggup mengajar dan di hantar ke sabah dan sarawak?”. Begitulah antara soalan yang diajukan oleh mentor kami tatkala awal kemasukan kami ke IPGM kampus ini.

Dan rasanya aku telah temui jawapannya di sini. Di syurga bumi ini yang keikhlasan penghuninya jelas terpancar di raut wajah anak –anak kecil ini.Menadah tangan setiap hari mengharap kasih sayang dan tunjuk ajar orang seperti kami seorang Guru. Pendidik dan pembimbing yang dapat membuka jalan ke masa depan anak Orang Asli yang lebih berkemampuan dari sudut peningkatan taraf penguasaan ilmu setanding dan dapat menyaingi anak – anak malaysia yang lain.Bak kata Perdana Menteri kita...Kita 1 Malaysia.

Aku terkilan apabila melihat kedatangan anak – anak istimewa ini ke sekolah. Yang jauh nun di puncak gunung dan lereng bukit. Sudah pasti akan menginap di Asrama putera dan Asrama puteri yang telah disediakan. Namun kesanggupan mereka berpisah dengan keluarga .Sedih hatiku melihat jari – jari kecil menyental baju – baju basahan dan harian, menggapai ampaian dan mengurus diri sendiri tatkala umur masih hingusan di awal 7 tahun. Namun kecekalan dan pembawaan mereka membuatkan aku terfikir kembali.Betapa bertuahnya anak - anak di Kota mendapat apa yang tidak mereka perolehi di sini. Kasih sayang yang sewajarnya perlu di pupuk lagi kerana mereka masih lagi di awal pembesaran. Tetapi telah menjalani kehidupan sebagai orang dewasa yang semuanya di lakukan sendiri. Adakah ini kehidupan yang wajar?

Pernah satu hari hatiku sebak melihat salah seorang daripada mereka ketika menonton tv dan tertidur. Betapa sedihnya melihat anak ini dengan selamba dan biasa membaringkan diri di lantai di dalam keadaan lantai yang kotor dengan debu dan di penuhi kuman. Tiada apa yang kurang selesa bagi beliau.Malahan anak ini begitu nyenyak sekali tidurnya. Terdetik di hatiku, sekiranya aku mempunyai kuasa untuk mengubah mereka seperti anak – anak di luar sana. Insyallah pasti terbela suatu hari nanti aku berharap dan mengharap panas hingga ke petang.

Dari kejauhan aku bersama teman karibku melangkahkan kaki menuju ke kelas KIA2M. Sebuah kelas tahun satu yang mengetengahkan pembelajaran menulis, membaca dan mengira. Untuk mendidik anak – anak ini lebih peka dan lebih memahami bahasa melayu. Memang suspen bila berada di dalam kelas ini. Penerimaan dan penguasaan bahasa mereka amatlah ketinggalan dan perlu di gilap sehari – hari.Ini kerana mereka perlukan pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. Kadang – kadang aku terasa kasihan melihat kepada cikgu Mohd Nor ni ..Begitulah panggilan aku kepada guru Orang Asli yang satu – satunya berkhidmat di sekolah Kg Kenang. Mungkin kerana dia terasa bertanggungjawab untuk anak – anak sebangsa. Beliau tidak pernah mengenal erti penat dan putus asa untuk cuba dan mencuba yang terbaik untuk murid – murid Orang Asli ini.

Pernah satu hari , aku terkejut melihat cikgu Mohd Nor terinjut – injut berjalan namun masih gagah mengatur langkah demi untuk menemani kami guru – guru pelatih daripada IPGM untuk membawa kami ke perkampungan sebenar atau Tradisional Orang Asli yang masih kekal keasliannya di atas bukit. Kesungguhannya bercerita mengenai salah silah kehidupan Orang Asli membuatkan kami lagi menghormati kredibiliti dan inovasinya. Mungkin di sebabkan kesungguhan kami ingin mendekati kaum Orang Asli menyebabkan beliau sanggup melupakan dirinya tengah sakit kerana gout. Sanggup menyembunyikan derita demi sebuah kemanisan kaum sendiri.

Mungkin disebabkan masa kami banyak di habiskan di asrama. Ini sedikit sebanyak mengeratkan hubungan kami dengan anak – anak Orang Asli ini. Tambahan pula kami juga mengatur beberapa sesi dan aktiviti untuk mereka bagi mengisi masa lapang sepanjang minggu kami berada di situ. Di antaranya kami membuat aktiviti seperti sukaneka, karoake, tayangan video dan melawat perkampungan Orang Asli. Semuanya seronok dan riang menikmati aktiviti – aktiviti ini. Dan beberapa hadiah turut di sediakan untuk mengembirakan hati mereka.

Satu lagi sebab menaikkan semangat aku untuk berusaha di sana adalah murid PJJ. Murid yang di gelar dengan gelaran PJJ iaitu pelajar jarak jauh. Di mana dia belajar dari luar kelas. Tidak mahu memasuki kelas kerana si Khairi ini nama murid PJJ. Telah merajuk dengan salah seorang guru di Sekolah Kg Kenang kerana telah memarahinya. Jadi hasil daripada situasi tersebut telah membuatkan si khairi menjadi sebegini. Beliau juga menjadi takut untuk beramah mesra bersama kami pada mulanya. Namun setelah dipujuk dengan pemberian gula – gula dan makanan ringan ...ia telah membuka ruang kepada kami untuk mendekati Khairi. Dan dia juga mula bercakap walaupun dalam keadaan malu dan sepi.

Aku tahu nasihat guru besar untuk kami tidak memanjakan anak – anak Orang Asli ini dengan pemberian gula – gula dan makanan ringan adalah tidak sesuai. Ini kerana ia akan membuatkan mereka naik kepala dan terlalu asyik dengan sesuatu untuk membuat sesuatu. Kadang – kadang betul kita tidak wajar memanjakan mereka dengan terlalu banyak benda dan pemberian untuk menaikkan semangat mereka membuat sesuatu. Ini kerana mereka akan mengharap dan mengharap di masa akan datang tanpa benar – benar usahakannya untuk mencapai sesuatu kejayaan dengan hasil usaha sendiri.

Akhirnya tanggal 15 Oktober 2009 menjelang tiba. Ini menandakan kami akan pergi ke Sekolah Chenain semula untuk majlis penutupan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah keesokan harinya 16 Oktober 2009. Suasana kesedihan menyelubungi waktu tengahari hari itu. Semua guru bertukar pandangan dan ucapan. Paling memilukan pandangan anak – anak ini. Dari sinar mata mereka, betapa tersimpan seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata – kata. Hanya renungan sinar mata yang bercahaya mampu berinteraksi di antara kami. Ku tahu sekiranya aku teruskan langkahan ini pasti ianya akan terungkap...Adakah aku bersedia untuk suasana itu?. Tiba – tiba...hujan renyai – renyai menjengahkan dirinya membasahi syurga bumi . Ternyata kedatangan dan kepulanganku di cucuri rahmat Yang Maha Esa. Terasa begitu kerdil diriku dalam pandangan azali ini.

Akhirnya masa perpisahan menjelma tiba....walaupun hujan belum memberi tanda untuk melabuhkan diri. Dalam kedinginan dan kesejukan hujan inilah maka berjuraian airmataku juga di pangkuan anak – anak ini. Esakan mereka kian jelas menghantar pemergianku setelah dua minggu menjamah suasana di kenang. Semoga kenangan di kenang akan selalu dalam kenangan. Kenang daku dalam doamu...anak –anak.

Selaut suka dan duka bakal menduga waktu ... refleksi kumpulan aku di waktu hari penutupan telah menguji ketahanan dan emosi aku. Ternyata aku telah kalah dalam perhitungan ini. Kenangan yang di pancarkan melalui slaid – slaid semasa kami di SK Kg Kenang telah mencuit hati dan naluri keibuan aku. Sinar mata mereka telah mengundang sekali lagi airmata untuk merenangi kolam mataku. ....ku menjadi sebak tiba – tiba. Ya Allah kuatkan hatiku untuk mengenang saat – saat indah bersama di sini...untuk di bawa pulang ke kampus. Masa begitu mencemburui aku...ternyata 2 minggu yang selama ini aku anggapkan begitu lama untuk di habiskan sebelum datang ke Kg Kenang telah menjadi sebaliknya. Ianya bukanlah satu waktu yang panjang bahkan begitu singkat untuk merasai dan berkongsi segala – galanya.

Andai aku diberi peluang buat kedua kalinya ingin aku menabur bakti membanting keringat untuk memajukan anak – anak Orang Asli ini. Semoga pengalaman dan pendedahan ini menjadikan aku lebih tabah dan berani untuk berjasa di pendalaman dan sabah sarawak.

Pengalaman berasaskan sekolah ini mampu mengubah persepsi diri aku daripada seorang yang begitu pasif selama ini menjadi lebih berani untuk bersuara dan menyuarakan pendapat untuk anak – anak bangsa. Pandangan lebih jauh untuk di kenang akan tanggungjawab kita sebagai seorang guru. Di manakah permulaannya...mungkinkah ini ,...jalannya untuk aku. Hanya di Syurga Bumi.

Sekadar Renungan Bersama.....


Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tidak pandai menceriakan kau mungkin akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersahabat.......terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa - biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah Fillah....




Petikan Mutiara Kata Persahabatan........