Betapa besarnya kurniaan Allah....
Bersyukur Aku kerana dengan izinNya ..
Satu hari lagi buatku untuk meneruskan kehidupan di alam ini
Membanting keringat
Sujud merendahkan diri kpd yang Esa...
Dapatkah hari ini
Aku menghadapi satu hari lagi
Dunia yang penuh pancaroba
Dugaan dan cabaran
Buat perjalanan hidup
Yang belum pasti
Bila Aku akan di jemputNya.......
Melati Putih...24 July 2010
Penderitaan....
Aku melalui lorong - lorong kecil ini
Mataku sayu melihat di kanan dan kiri
Betapa aku bertuah di saat ini
Di kurniakan kesihatan yang baik
Dapat hidup dengan selesa
Mencurahkan bakti kepada yang berhak
Sedangkan mereka
Mata bening menahan kesakitan
Tubuh cengkung di mamah derita
Mengharap diri mendapat penawar
Buat hidup kembali ceria
Bangunan putih ini
Menjadi saksi...betapa banyak kisah
Suka dan Duka
Baru dan Lama
Tua dan Muda
Menjadi sebahagian daripada sejarahnya....
Mungkin inilah suratan
Ada pasang
Ada surutnya
Ada penghujungnya......
Masa begitu mencemburui..
Langkahan terpaksa diatur
Meninggalkan bangunan putih ini
Membawa doa dan harapan
Agar penghuni - penghuninya
Kembali ceria dan bersih seputih bangunan ini........
Melati Putih...25 July 2010
Bunga Kasih ..... ......
Simboliknya bunga. Rupa nan indah, kembang mewangi dan sering di sunting di jambangan buat penghias suri di taman hati. Namun habis wangi dan layu di jambangan, bunga sudah tidak di puja lagi. Ke manakah nasib si bunga.Fikirkan?
Layakkah bunga di biarkan tandus dan tidak bermaya.....adakah itu penghujung titian hidupnya....Sedarlah wahai si bunga layumu bukan tidak berharga lagi...Walau engkau telah di buang....bangunlah membela nasibmu...bunga layu dan kering kini amat tinggi nilai nya dan telah mendapat hatinya kembali di sisi pengemar alam semesta.......
Melati Putih...26 July 2010
Satu Hari Lagi....
Hari ni bangun aku dari mimpi.
Apa yer??...apa yang hendak di lakukan pada satu hari lagi yang memboringkan aku.......aku tak pernah begini...rutin hidupku penuh dengan jadual yang terisi....tiba - tiba musim aku telah bertukar rupa...aku kini menjadi penunggu yang setia....setia menunggu di sini di sana menanti......
Bilakah semua kondisi akan berakhir??...apa2 pon satu hari ini aku akan cuba isikan dengan sesuatu yang tidak akan mengecewakan aku dan juga diriku.....
Melati Putih...28 July 2010
Murah Oh Murah.....
Tak sangka satu kisah lucu berlaku hari ni... rupa2nya selama ini kamera ku tidak rosak seperti apa yg ku sangka - sangkakan...Masih ingat cerita yang ku dapat..."Cik kamera u tak rosaklah...ini cuma bateri." Kata taukeh kedai kamera tu...."Tapi sebelum ni bateri tu baru je di tukar yang baru taukeh" Kataku kepadanya....."Aiiya,,,memanglah u punya bateri jenis murah...memang tarak tahan lama lorr" Katanya lagi......
Memang betul selepas masuk bateri mahal...kameraku dapat berfungsi semula...apa lagi ...memang sahlah murah dan cap murah tak sesuai..jika inginkan hasil yang baik dan berkualiti.......x salah berjimat cermat...x salah bijak memilih ....dan ada kalanya x salah pilih yang mahal sikit....haiiii.....Murah Oh Murah!!!.....
Melati Putih...28 July 2010
----------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------
Rahmatmu...
Datangmu memang di tunggu...Syukur alhmdulillah satu purnama lagi kita dapat bersama... Dapatkah aku mengabdikan diriku kepadaMu.... Hadirmu sememangnya di nantikan buat pelengkap musim baru, dunia baru, azam baru, jalan baru dan pengertian yang baru.......Moga pertemuan kita ini akan memberi sinar baru dalam diriku dan yang lain...Keberkatan Mu akan coba di miliki...INSYALLAH.......
Wanita...
Aku wanita...
Perlukah aku seorang wanita tunduk lemah menyerah kalah sebelum bertarung. Wajarkah aku berserah segalanya kepada nasib semata - mata. Berbaloikah aku menerima semua tanpa usul periksa. Wajibkah aku menurut sahaja tanpa bantahan. Adakah itu yang pertama keutamaan yang harus seorang wanita tempuhi.
Wanita,
Penuh kelembutan...penuh kesyahduan....di iringi dengan kecantikan yang begitu unik anugerah Pencipta membuktikan betapa Esa dan BerkuasaNya. Namun dalam kelembutan seorang wanita itu...janganlah di anggap dirinya lemah dengan takdir menjadikan ia seorang wanita.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Mengapa Wanita Sangat Istimewanya.......
Memang aku adalah daripada golongan Hawa..bukan luah rasa aku untuk menyokong dan menuding jari sapa salah dan sapa benar...cuma sekadar renungan kita bersama..Setuju atau tidak bukan itu permasalahannya..cuma ini menarik perhatian aku untuk berkongsi bersama - sama teman sebagai pengertian dalam kehidupan kita ini...
Mulanya daripada kiriman seorang teman kepada aku... tertarik aku untuk memberi sepatah kata buat redupan mata hati selepas membacanya......dalam keistimewaan seorang wanita itu.
RENUNGAN MATA
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...
bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA YANG HENDAK DIBUATNYA........ ......Disebabkan itulah kebarangkalian kes kematian Wanita Cepat Meninggal adalah rendah...
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dan hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka berdikari...
Melati Putih...28 Oktober 2010
----------------------------------------------------------------------------------------------
Ujian Dari Allah SWT
Dahulunya kawasan ini di kelilingi oleh pokok - pokok padi yang menghijau..Kelihatan rumah kecil di tengah - tengah sawah bendang... Pohon - pohon kelapa yang melambai di tiup angin bak memanggil sesiapa yang melihatnya...
Namun keadaan ini bertukar dengan sekelip mata selepas ujian daripada Allah SWT..Kawasan menghijau bertukar menjadi putih dek air yang melimpah . Tiada lagi kehijauannya sawah bendang. Yang jelas kelihatan tasik sejauh pemandangan. Putih airnya berkilauan dek pancaran mentari petang.
Air yang mengalir..hadirmu ditunggu ..Namun limpahMu amat di khuatiri.. Adakah ia akan memakan diri kelak..
Tragedi November menjadi saksi bagaimana peritnya kesukaran ujian daripada Allah
..Namun kita harus bersyukur pasti ada rahmat dan hikmahnya di sebalik apa yang Allah berikan ini.. Insyallah..
Sesungguhnya kesabaran dan ketabahan adalah kunci utama kepada kehidupan yang pasti.. kehidupan yang dapat memberi nikmat sebenar kepada kita umat - umatnya.

Dalam duka itu pasti ada wajah keriangannya
Di mana ?
Bagaimana?
Hanya individu itu akan dapat menemuinya
Keikhlasan dan kesucian hati
Punca utama rahsia hati
Merelakan semuanya
Ujian Daripada Allah..
Sesungguhnya Allah tidak menzalimi Umat - umatnya,,
Melainkan umat itu sendiri menzalimi diri sendiri...
Melati Putih...07 November 2010
----------------------------------------------------------------------------------------------
Sesal Dahulu Pendapatan....Sesal Kemudian Buruk Padahnya.....
Sesungguhnya anak adalah Anugerah yang paling bernilai untuk kita sebagai Khalifah Allah Swt.. Seharusnya kita menghargai dan mendidik mereka dengan nilai - nilai yang baik kerna mereka adalah penyambung warisan.
Ada pasangan yang bertahun berkahwin namun belom ada rezki menimang cahaya mata lagi dalam kehidupan mereka.. Dan ada pula pasangan yang tanpa ikatan namun murah sahaja rezki mereka di kurniakan Allah anak. Kesedihan membaluti anak ini apabila pasangan - pasangan seperti ini sanggup membiarkan dan meninggalkan anak - anak mereka di tempat yang tidak sepatutnya bagi seorang bayi......Ini kah dunia global lagi berteknologi. Manusia sudah semakin nipis keimanan dan sikap tanggungjawabnya.
Dan ada pula pasangan yang kehidupannya adalah teratur.... namun penuh pula dengan ujian yang sengaja di tempah sendiri.........
Hati aku ni mudah sungguh tersentuh... sensitif...namun ini amat menyedihkan dan boleh mengundang airmata kepada sesiapa sahaja yang membacanya.....biar lembut atau keras hati seseorang itu... insyallah selepas membaca kiriman teman saya ini ...pasti anda akan sayu dan bergenang airmata.....
Melalui kiriman teman saya melalui e-mail.. saya terpanggil untuk berkongsikan kisah ini dengan semua pembaca blog ini... Sama - samalah kita menghayati dan cuba untuk memperbaiki diri kita sebelum "SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN BURUK PADAHNYA"......
Gambar hiasan
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)
Renungkanlah ......
Melati Putih...15 November 2010
Silih Berganti ...
Malam semakin larut ...mata pon semakin layunya ...seumpama bunga2 menantikan gugurnya menyembah bumi...Namun kotak minda melarang diri dari kecundang.. ingin aku menghantarnya di saat2 masa terakhir ini..
Terkejut aku pabila dentuman mercun memecah kesunyian dinihari mlm terakhir penghujung 2010...walaupun hati berat untuk melepaskannya pergi ..namun hati terpaksa merelakannya ..
Pertemuan yang singkat tidak ku sangka begitu banyak kenangan yang telah kuperolehi....Namun pemergian mu bersilih ganti akan dunia baru buat aku melakarkan kembali corak-corak dan warna warni kehidupan...
Melati Putih...01 Januari 2011
----------------------------------------------------------------------------------------------
Motivasi Diri
Akal yang baik datang daripada pangkal Pokok kematangan. Minda yang sihat berbuih kegembiraan dan kewarasan dalam langkahan kehidupan.
Hari - hari mendatang masih jauh lagi perjalanannya ...jalan yang pendek, jalan yang panjang, jalan yang penuh onak dan duri, jalan yang berliku - liku, jalan yang berturap , jalan yang becak ....semua jalan - jalan ini hanyalah satu JALAN ...iaitu jalan kepada destinasi yang SATU..............................



No comments:
Post a Comment