Suratan Takdir....
[ 1 ]
Tangisan demi tangisan memecah kesunyian pagi. Kelihatan kelibat bayang - bayang di celah - celah rimpunan buluh sesusuk tubuh yang mundar - mandir ke kiri ke kanan cemas, simpati, risau dan sayang.Mungkinkah! .. Hidupku deminya. Sekian lama aku menanti baru kini bersua sinar bahagia. Tapi mengapakah begitu berat ujianmu kepadaku ..Ya Tuhan!.. Adakah ini di namakan dugaan hidup. "Bertemu saga di mulut naga" cetus hati kamal sendiri.
Separa sedar manik - manik putih berjuraian di pipi bagaikan titisan hujan yang turun membasahi bumi."Mah udahlah tu, jangan di ikutkan rasa hati sangat, kelak merana diri" Sapa Mak Esah kepada anaknya yang turut bersimpati akan nasib si anak yang sudah 2 bulan berendam airmata. "Ibu faham kau tak sampai hati dengar esak tanggis si Dina tu, tapi apa daya kita semuanya dugaan yang maha Esa...sabarlah. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman" Nasihat Mak Esah lagi bagi menenangkan anaknya itu.
"Mah sedar mak, tapi hati Mah ni setiap kali Dina menanggis meraung kesakitan. Setiap kali itu jugalah Mah gementar, ..takut ..takut akan kehilangannya. Takut akan ......." " Pssy!" Tiba - tiba mulut Fatimah ditutup oleh jari - jari kasar yang cukup di kenalinya. Fatimah tergamam hanya sinar matanya sahaja yang berkata - kata menyambung percakapannya...hatinya penuh, dada sebak membungkam rasa, berjuraian manik - manik putih mengalir turun dari kolam matanya setelah agak reda.
"Bang, Mah ......" Serak suaranya tidak mampu lagi di teruskan. Di dalam dakapan suami tercinta Fatimah melepaskan semuanya yang selama ini cukup menyiksa batinnya."Sabarlah nanti kita usahakan, insyallah akan abang bawa Dina ke klinik, hospital, pakar - pakar ke mana sahaja asalkan dia cepat sembuh.... kembali normal seperti kanak - kanak lain dapat bermain - main, berlari - lari bersama - sama kawan yang sebaya dengannya nanti" Pujuk si suami.
"Bang!" " Ye Mah , ini janji abang ...insyallah" Ujar Kamal kepada isterinya menabur janji bagi menyelamatkan keadaan.
"Mak !, Ayah!.. Man dah balik ni". Pekik si kecil yang baru pulang dari sekolah. Dengan nada riang sambil menghayun - hayunkan beg sandangnya si Azman terus berlari mendapatkan mak dan ayahnya yang sedang berehat di serambi rumah.
"Hati - hati jatuh nanti" Keluh si ibu menyuarakan kebimbangan. "Eh taklah ..kan ke Man ni hero, mana boleh jatuh...apalah mak ni" ujar Azman. "Mak!..Mak!..." jerit si Azman. "Apa?" tanya si ibu lembut."Dina mana?" "Ada, tadi di serambi .....haa tu di bilik dengan Nek Sah. Hmmm jangan kacau, kasihan adik tu baru nak terlelap.....,sudah tu pergi mandi dulu, nanti boleh kita makan bersama - sama". cadang si ibu.
"Tapi...." " Jangan nak bertapi - tapi lagi dengar cakap mak tu.Anak yang baik tak boleh engkar suruhan ibu. Ingat syurga di bawah tapak......." Belum sempat Kamal habiskan ayatnya."Kaki ibu".sambung Azman dengan pantas. Hanya senyuman menghantar si Azman ke perut biliknya. Kamal tahu bahawa anak sulungnya amat menyanyangi ibu serta puteri bongsunya itu. Sambil tersenyum lagi matanya melirik kepada isteri tercinta. Berbalas senyuman tatkala pandangan bersatu.
Walaupun kehidupan mereka tidaklah semewah saudara mara yang lain, namun yang pasti , hidup mereka cukup bahagia dan aman. Berada jauh di pendalaman yang tersisih dari kemajuan yang pesat membangun di bandar bukanlah penghalang dirinya untuk berusaha membina kerjaya menggapai impian. Biarlah serba kekurangan harta benda. Namun hidup tetap mewah di limpahi kebahagiaan dan harga diri. Hinggalah sekarang............."Langit tidak selalu cerah" Cetus hatinya.
Cubaan yang Maha Esa getir ini cukup teruji kesabarannya selama ini. Di tambah lagi goyahnya semangat isteri tercinta pendokong kekuatan dan kecekalan dirinya. Kamal sedar dengan pendapatannya itu hasil daripada jualan hasil tanaman - tanamannya yang tidak seberapa itu takkan mampu untuk menampung kos perubatan Dina yang memerlukan sekurang - kurangnya RM 50,000.
"Hanya satu sahaja caranya" Suara Kamal memecah kesunyian. "Hmm ..abang long" Fatimah tergamam tiba - tiba nama abang long yang di sebut....... Dia tahu sudah lama nama itu tidak di sebut semenjak pertengkaran tempohari ."Abang Long!..Apa maksud semua ini, saya tak faham?". "Kau tak faham atau buat - buat tak faham..hah! ...senang aje bagi geran tanah itu kat aku habis cerita". Gesa Bakar kepada Kamal."Yelah..tapi apa abang long nak buat dengan geran tanah mak tu" Tanya Kamal lagi."Kan aku dah tegaskan...aku nak majukan tanah di pinggir bukit tu" Teriaknya lagi."Abang long, mak betul - betul sayang akan tanah di pinggir bukit. Itulah satu - satunya tanda kenangan arwah ayah kepada mak. takkan abang tak tahu". Seru Kamal lagi.
*************************
"Mak percayalah Bakar betul - betul nak usahakan tanah itu, percayalah nanti keuntungan kita boleh bahagi bersih" Bela Bakar menyokong hujahnya. "Bakar betul cakap adik kau tu...sebenarnya mak pun memang tak setuju dengan cadangan kau itu untuk memajukan tanah di hujung bukit itu. Tak terlintas di hati mak untuk menghapuskan tanda kenangan yang ayah kau tinggalkan itu" Ujar Mak Esah dengan lembut.
"Sudahlah!,,mak memang tak sayangkan saya. Kalau saya minta semuanya ditolak tapi kalau Kamal yang minta semuanya mak beri. Memang mak lebih sayangkan Kamal daripada saya". Rengus Bakar dengan kasar.
Dengan hati yang membara. Bakar melangkah pantas ke keretanya lalu meluncur laju meninggalkan debu - debu kemarahan hasil geselan keretanya yang putih berterbangan. Bertitik tolak daripada kejadian itulah, mereka adik - beradik terputus hubungan. Masing - masing membawa haluan sendiri. Khabarnya Bakar telah berjaya dalam hidupnya di Kota metropolitan sebagai salah seorang usahawan yang berjaya pada hari ini. Pernah sekali dia mengutuskan perkhabaran itu pun dengan ucapan yang cukup ringkas berbunyi ;
Emak,
Maafkan Bakar, sebenarnya Bakar tidak bermaksud untuk menderhaka. Disini Bakar cuma nak beritahu 2 berita gembira; iaitu Bakar telah berjaya dengan perniagaan dan tak lama lagi bakal menimang cahaya mata.
anakmu,
[ 2 ]
"Baiklah!, kalau itu keputusan mak. Apa lagi yang boleh Mal cakapkan. Bila Mak nak berangkat ke sana?" Aju Kamal kepada ibunya. "Kalau tak ada aral yang melintang, mak ingat minggu depan". Jawab ibunya . "Tak apalah mak nanti Mal hantarkan mak ke stesen bas ekspress....tapi! sesampai sana nanti betul ke abang long akan menjemput mak". Tanya Kamal kebimbangan untuk membiarkan Mak Esah sendirian ke Kuala Lumpur.
"Macam tulah kata abang kamu tempohari di telefon". Tambah Mak Esah lagi.
Bijak Mak Esah, sememangnya dia cukup hebat menyimpan rahsia hinggakan Bakar selalu berhubung dengannya pun tidak dapat di hidu oleh Kamal dan menantunya Fatimah.
"Pang!!!"
"Ya Allah!!" Jerit Mak Esah dari dapur.
" Kenapa Mak?" Tanya Fatimah kebimbangan.
" Ni 'aa Azman jatuhkan mangkuk" Beritahu Mak Esah kepada menantunya itu.
" Tak apa - apa ke Mak?" dengan nada cemas Fatimah bertanya lagi.
"Jangan risau tak da pa ni, kau pergilah tengok Dina tu..... Mak dengar dia menanggis jer dari tadi" Suruh Mak Esah pula kebimbangan.
"Mak!!!!"..tiba - tiba jeritan Fatimah memecah suasana.
"Sabar Mah...sabar banyakkan mengucap, ingatkan Allah. Insyallah tak ada apa - apa. Doktor tengah menjalankan kewajipan mereka tu. Banyak - banyak bersabar dan berdoalah moga di panjangkan umur Dina". Mak Esah cuba menenangkan Fatimah yang dari tadi asyik risau sahaja.
Di depan pintu wad kecemasan. Kamal mundar - mandir gelisah menanti.., lampu masih lagi merah. "Emergency" .Manakala Fatimah telah pun kering airmata yang sejak dari tadi tidak berhenti - henti menanggis dan menanggis. Seluruh anggotanya tidak bermaya gelodak hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Azman yang daripada tadi membantu seakan mengerti walaupun umurnya baru mencecah 9 tahun. Namun dia turut cemas. Akhirnya selepas doktor memberitahu keadaan Dina bertambah stabil dan akan dipindahkan ke wad. Barulah kurang sedikit gelisah di hati mereka. Namun sebelum itu, doktor menggesa agar pembedahan Dina di percepatkan kerana doktor bimbang akan tahap kesihatan Dina yang sejak akhir - akhir ini semakin merosot. Doktor juga memberitahu bahawa Dina akan di tahan di wad untuk perhatian pihaknya beberapa hari ini.
"Dina, kecil - kecil lagi kau dah menderita nak, maafkan ibu". cetus hati Fatimah sambil mengusap kepala Dina. Dia sedih melihat bayinya yang masih berusia 8 bulan itu. Sejak lahir lagi menderita jantung berlubang..tapi apakan daya semuanya cubaan Yang Maha Esa.
"Semoga kau cepat sembuh nak"suara Fatimah ke cuping telinga Dina sambil membelai lembut wajah Dina yang kelihatan pucat itu.
Disebabkan tragedi itu, pemergian Mak Esah ke Kuala Lumpur terpaksa di tangguhkan..hinggalah di satu pagi. Kamal betul - betul terkejut pada hari itu menerima kunjungan yang tidak dijangkakan. Tetamu yang telah lama tidak ditemuinya itu. Bibirnya bergerak - gerak menyebut nama, tetapi tidak dapat di sebut dengan kekuatan lidahnya.. kelu untuk berbicara. Hanya sinar mata sahaja yang bersuara seakan berkomunikasi. Akhirnya.....
"Mal....hmmm ma..maafkan abang keran......" belum sempat kata - kata di habiskan.
" Sudahlah abang.. Mal pun" seraya masing - masing berpelukan melepaskan perasaan masing - masing.
"Mal abang dah tahu semuanya emak telah pun ceritakan segala - galanya. Sabarlah.. tentang kos perubatan kau janganlah risau insyallah abang akan tanggung semuanya". Dalam pandangan yang sayu itu.
"Ya Mal..abang bersungguh - sungguh". janji Bakar menenangkan gelodak jiwa Kamal.
"Terima kasih abang long... terima kasih hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya". luah si Kamal sambil membiarkan manik - manik jernih membasahi pipinya.
AKAN BERSAMBUNG..........
No comments:
Post a Comment